Program Kempen Internet Selamat bersama Warga Emas dan Komuniti Madani di NADI Linggi

7 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

6 Disember 2025 – NADI Linggi dan pihak MCMC Negeri Sembilan bersama dengan Jabatan Penerangan Port Dickson (JAPEN) telah mengadakan sesi Taklimat Pelaksanaan Program Kempen Internet Selamat bersama Warga Emas dan Komuniti Madani di NADI Linggi.

Program bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang dan telah dihadiri tetamu kehormat iaitu YB Datuk Mohd Faizal bin Ramli (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Waisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi), Tuan Ts. Md Tahir bin Musa (Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan) dan Encik Supian bin Musa
Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sembilan.

Turut hadiri bagi memeriahkan lagi program ini iaitu Puan Ema Shuaida binti Shuaid (Ketua Seksyen Pembangunan MCMC Negeri Sembilan), Encik Amir Hazim bin Bahri (Pegawai RISE MCMC Negeri Sembilan), penduduk warga emas di sekitar Linggi dan Komuniti Madani.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan antaranya adalah taklimat pengenalan NADI, taklimat Kempen Internet Selamat Modul Dewasa dan Saringan Kesihatan bagi Warga Emas.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat dan telah menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program di NADI Linggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali